Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

Dakwaan hadis yang menyebut bahawa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja termasuk dalam golongan munafik perlu difahami secara menyeluruh supaya ia tidak disalah fahami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sudah masuk kali ketiga umat Islam di negara ini tidak dapat menunaikan solat Jumaat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, pihaknya bimbang apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa ada segelintir pihak berkeras mahu menunaikan solat Jumaat.

“Alasan mereka kerana ada hadis menyebut bahawa sesiapa tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali, maka ia termasuk dalam golongan munafik.

“Kami ingin tegaskan, bahawa apa yang didakwa ini adalah suatu salah faham yang jelas,” katanya.

Zulkifli berkata, benar terdapat hadis sedemikian tetapi ia perlu dibaca secara menyeluruh.

“Golongan yang dicap sebagai munafik itu adalah mereka yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.

“Sedangkan situasi yang berlaku sekarang adalah umat Islam berada dalam keadaan darurat kesihatan disebabkan penularan wabak penyakit berjangkit koronavirus baharu (Covid-19),” katanya.

Beliau berkata, dengan rendah diri, pihaknya merayu seluruh umat Islam di negara ini kekal meletakkan kepatuhan tinggi terhadap arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama.

“Sesungguhnya, kita semua mahu segera keluar daripada kemelut pandemik ini, namun ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutama diri kita sendiri.”

JADILAH ISLAM YANG BERAKAL

Lelaki beragama Islam mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut di masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dikunci pintu hatinya dan tidak berdosa kerana hukumnya adalah harus bagi mengelak penularan wabak pandemik Covid-19 itu.

Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman berkata, solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing.

Menurutnya, harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Ketetapan hukum ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu yang bermaksud keadaan yang sempit membolehkan perkara-perkara yang dilarang.

“Ketetapan hukum ini juga bersandarkan kepada hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran.

“Mereka (para sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wallahu a’lam.

artikel: http://www.sentiasapanas.com


PELBAGAI JENIS BUKU ILMU AGAMA, ILMU HADIS, KITAB ALQURAN, KITAB-KITAB SIRAH, ILMU FIQAH, ILMU UMRAH HAJI, BUKU-BUKU MOTIVASI, BUKU-BUKU KANAK-KANAK DAN PELBAGAI JENIS BUKU-BUKU ILMIAH YANG POPULAR

https://bukuonline2u.com/index.php?&tracking=5e7b146e8add1

https://bukuonline2u.com/image/catalog/Logo%20Publishers/BukuOnline2ucomm.png

CARA PEMBELIAN

1. Buat belian terus menerusi Shopping Cart ATAU

2. Buat belian menerusi borang tempahan alternatif di bawah ATAU

3. E-Mail order terus ke bukuonline2u@gmail.com ATAU

4. WhatsApp order terus

CARA PEMBAYARAN

– Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Simpanan Nasional / Paypal / Kad Kredit

PENGHANTARAN

Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian bernilai RM 250.00 ke atas (Semenanjung Malaysia sahaja)



♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

COME VISIT OUR SHOWROOM NOW!

*****************************************

DOCUMENTS REQUIRED FOR LOAN
1. IC & DRIVING LICENSE
2. 3 MONTHS OF SALARY SLIP
3. 3 MONTHS OF BANK STATEMENT
4. NCD TRANSFER ACCEPTED

HURRY UP AND JUST CALL NOW
013 704 5971 FENDIPRO
013 704 5971 FENDIPRO
Web : DrCarPRO.com

UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS – SILA KLIK GAMBAR

♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

Author: admin

Find new & used cars for sale in Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *