Menjiwai Makna Lailahaillallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Kita selalu berzikir dengan menyebut kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwata illabillahil aliyyilazim, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar menjiwai dan memahami maksud zikir-zikir tersebut?

Lailahaillallah-Alhamdulillah-Allahuakbar

Dari segi bahasa, hampir semua dari kita tahu maksudnya, tetapi huraian maksud setiap zikir tersebut mungkin ramai yang tidak tahu.

Pada artikel kali ini saya akan berkongsi penerangan huraian maksud zikir tersebut.

1. Subhanallah

Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah, bahawa kita meyakini Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci, tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul.

Contohnya, di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk diberi hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah.

Ketahuilah bahawa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu.

Misalnya, ketua yang pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama dan lebih layak untuk menerimanya.

Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata.

Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.

2. Alhamdulillah

Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah dan dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah.

Apabila ada orang yang memuji kita sama ada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah.

Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki sama ada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah.

Ada orang yang merasa hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat.

Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah.

Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah, kerana di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya, Insya Allah akan bertambah nikmatNya.

3. Lailahaillah

Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan dari segi huraian maksudnya, kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini.

Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala, tetapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, lelaki kaya dan berkuasa, pangkat, manusia dsb.

Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut.

Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur.

Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb.

Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT.

Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT?

Berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

4. Allahu Akbar

Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar dan huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat.

Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu.

Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang telah mereka kerjakan.

Allah berfirman, “Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.” (Al-Anbiya’ 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas dan sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu.

Jadi, layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini?

Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT.

Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya dan mesti mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.

5. Lahawlawala Quwwata illabillahil Aliyil Adzim

Maksud Lahawlawala Quwwata illabillahil Aliyil Adzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Dari segi huraian maksudnya, kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa.

Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb.

Takutlah hanya kepada Allah SWT kerana sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja, langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri kita kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwata illabillahil Aliyil Adzim adalah seperti 3 hadis berikut:

Hadis 1

Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah SAW merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:

“Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang aku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku.”

Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kau ucapkan, SUBHANALLAH sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAH sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 33 kali sebelum tidur di malam hari.”

Rasulullah SAW bersabda lagi, “Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu.”

Hadis 2

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah SAW datang kepada kami dan bersabda: “Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat r.a. bertanya, Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda, Ambillah perisai untuk melindungi kamu dari api neraka. Bacalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah. Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya.” (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain)

Keterangan

Dalam hadis dinyatakan “Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya” bermaksud, dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan “berada disebelah belakang, kanan dan kirinya” bermaksud, dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan seksa.

Hadis 3

Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Wallahu a’lam.

artikel: http://www.sentiasapanas.com


PELBAGAI JENIS BUKU ILMU AGAMA, ILMU HADIS, KITAB ALQURAN, KITAB-KITAB SIRAH, ILMU FIQAH, ILMU UMRAH HAJI, BUKU-BUKU MOTIVASI, BUKU-BUKU KANAK-KANAK DAN PELBAGAI JENIS BUKU-BUKU ILMIAH YANG POPULAR

https://bukuonline2u.com/index.php?&tracking=5e7b146e8add1

https://bukuonline2u.com/image/catalog/Logo%20Publishers/BukuOnline2ucomm.png

CARA PEMBELIAN

1. Buat belian terus menerusi Shopping Cart ATAU

2. Buat belian menerusi borang tempahan alternatif di bawah ATAU

3. E-Mail order terus ke bukuonline2u@gmail.com ATAU

4. WhatsApp order terus

CARA PEMBAYARAN

– Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Simpanan Nasional / Paypal / Kad Kredit

PENGHANTARAN

Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian bernilai RM 250.00 ke atas (Semenanjung Malaysia sahaja)



♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

COME VISIT OUR SHOWROOM NOW!

*****************************************

DOCUMENTS REQUIRED FOR LOAN
1. IC & DRIVING LICENSE
2. 3 MONTHS OF SALARY SLIP
3. 3 MONTHS OF BANK STATEMENT
4. NCD TRANSFER ACCEPTED

HURRY UP AND JUST CALL NOW
013 704 5971 FENDIPRO
013 704 5971 FENDIPRO
Web : DrCarPRO.com

UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS – SILA KLIK GAMBAR

♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

Author: admin

Find new & used cars for sale in Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *