Datangkan Satu Ayat Seperti Al-Qur’an Jika Kamu Orang Yang Benar!

Al-Qur’an adalah kitab suci yang diturunkan di dalam suatu bahasa yang mempunyai nilai kefasihan dan kesusteraan yang amat tinggi yang mana mustahil manusia dan jin dapat menciptakan seumpamanya.

Mukjizat Al-Qur'an

Buktinya, semenjak 1,400 tahun dahulu sehingga hari ini, tiada yang mampu menciptakan sesuatu seumpama Al-Quran.

Itulah tanda kemukjizatan Al-Qur’an. Kenyataan ini boleh dilihat menerusi cabaran Al-Qur’an terhadap masyarakat pada waktu itu agar mereka mendatangkan ayat seperti Al-Qur’an.

“Bahkan mereka mengatakan bahawa Muhammad telah membuat-buat Al-Qur’an itu. Katakanlah: Kalau demikian maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup memanggilnya selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar“. (Surah Hud, Ayat 13)

Setelah tidak berdaya dicabar, Al-Qur’an meringankan cabarannya untuk menjadikan satu surah sahaja seperti mana firman Allah dalam Surah Yunus, Ayat 38:

“Bahkan mereka mengatakan Muhammad membuat-buatnya. Katakanlah: “Kalau benar yang kamu katakan itu maka cubalah datangkan satu surah yang sama dengannya dan panggillah siapapun yang dapat kamu panggil selain Allah jika kamu orang-orang yang benar“.

Kemudian cabaran ini diperkuatkan oleh ayat dalam surah Thur, ayat 33-34:

“Apakah mereka menduga bahawa Muhammad membuat-buatnya (Al-Qur’an). Maka hendaklah mereka mendatangkan huraian yang semisal Al-Qur’an, jika mereka orang-orang yang benar“.

Setelah Al-Qur’an berdepan dengan semakin banyak musuh yang terdiri daripada orang-orang musyrikin, Yahudi dan Nasrani di Madinah, ia tetap mencabar mereka untuk membuat lebih kurang satu surah sahaja seumpama surah Al-Kauthar.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Surah Al-Kauthar ayat 1-3.

Firman Allah swt, “Jika kamu tetap dalam keraguan tentang Al-Qur’an yang kami wahyukan kepada hamba kami Muhammad, maka buatlah lebih kurang semacam satu surah sahaja, dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar dalam keraguanmu.” (Al-Baqarah, Ayat 23)

Walaupun ada yang mencubanya tetapi mereka sendiri tidak mengerti apakah maksud daripada gubahan mereka itu.

Di antara gubahan mereka ialah: إِنَّا أَعْطَينَاكَ الْجَوَاهِرَ؛ فَصَلِّ لِرِبِّكَ وَجَاهِرْ

“Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu permata-permata, maka solatlah kepada Tuhanmu dan nyatakanlah.”

Di antara cabaran Al-Qur’an ialah supaya manusia melihat kebenaran di dalamnya yang menembusi sekatan-sekatan masa dan tempat.

Cerita-cerita yang dikisahkan oleh Al-Qur’an tentang umat-umat yang terdahulu yang tidak pernah diketahui oleh seorang pun apatah lagi Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis menjadi cabaran kepada sesiapa sahaja untuk melumpuhkan dakwaan tentang kemukjizatan Al-Qur’an.

Tidakkah ramalan Al-Qur’an tentang kesudahan peperangan adalah kemenangan bagi pihak Rom ke atas Parsi satu mukjizat yang sukar ditolak tentang kebenarannya?

“Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan akan menang” [Surah Rom:2-3].

Dan sesungguhnya banyak lagi bukti mukjizat Al-Qur’an bagi mereka yang mahu berfikir.

artikel: http://www.sentiasapanas.com


PELBAGAI JENIS BUKU ILMU AGAMA, ILMU HADIS, KITAB ALQURAN, KITAB-KITAB SIRAH, ILMU FIQAH, ILMU UMRAH HAJI, BUKU-BUKU MOTIVASI, BUKU-BUKU KANAK-KANAK DAN PELBAGAI JENIS BUKU-BUKU ILMIAH YANG POPULAR

https://bukuonline2u.com/index.php?&tracking=5e7b146e8add1

https://bukuonline2u.com/image/catalog/Logo%20Publishers/BukuOnline2ucomm.png

CARA PEMBELIAN

1. Buat belian terus menerusi Shopping Cart ATAU

2. Buat belian menerusi borang tempahan alternatif di bawah ATAU

3. E-Mail order terus ke bukuonline2u@gmail.com ATAU

4. WhatsApp order terus

CARA PEMBAYARAN

– Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Simpanan Nasional / Paypal / Kad Kredit

PENGHANTARAN

Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembelian bernilai RM 250.00 ke atas (Semenanjung Malaysia sahaja)



♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

COME VISIT OUR SHOWROOM NOW!

*****************************************

DOCUMENTS REQUIRED FOR LOAN
1. IC & DRIVING LICENSE
2. 3 MONTHS OF SALARY SLIP
3. 3 MONTHS OF BANK STATEMENT
4. NCD TRANSFER ACCEPTED

HURRY UP AND JUST CALL NOW
013 704 5971 FENDIPRO
013 704 5971 FENDIPRO
Web : DrCarPRO.com

UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS – SILA KLIK GAMBAR

♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

Author: admin

Find new & used cars for sale in Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *