BOOK4SALE : Mudahnya Menjemput Rezeki

PELBAGAI JENIS BUKU ILMU AGAMA, ILMU HADIS, KITAB ALQURAN, KITAB-KITAB SIRAH, ILMU FIQAH, ILMU UMRAH HAJI, BUKU-BUKU MOTIVASI, BUKU-BUKU KANAK-KANAK DAN PELBAGAI JENIS BUKU-BUKU ILMIAH YANG POPULAR

Mudahnya Menjemput Rezeki

YAKINLAH!

Apabila didahulukan apa yang Allah suka,

Allah akan mudahkan apa yang kita suka.

Pengarang: Fathuri Salehuddin

Tebal: 184

Harga: RM18

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ dari Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikuti rahsianya.

Tahukah anda….? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?

untuk pembelian sila klik link dibawah

https://bukuonline2u.com/image/catalog/Logo%20Publishers/BukuOnline2ucomm.png

Salam Perkenalan dari Penulis…

Daripada : Fathuri Salehuddin
Tarikh: 07/10/13

Tepat jam 4:11 pagi, Selasa, 7 hb Ogos 2012 saya menerima sms dari seseorang.
“Alhamdulillah…Design web www. JemputRezeki.com sudah siap, kami sedang menanti Sales Letter Power dari Tuan PI sahaja untuk set up selanjutnya…”

Saya tersenyum memikirkan perkataan ‘Sales Letter Power’ itu. Bukan sekali saya diminta mencipta ungkapan begitu. Beberapa orang sebelumnya juga pernah bertanyakan hal yang sama. Mereka mahukan saya menciptakan ayat-ayat (yang kononnya mesti Power) untuk tujuan iklan produk mereka.

Ayat Power…? Ayat Kuasa….? Pada saya hanya Allah yang Power!

Dan sering pula saya memberi jawapan yang sama.
“Tuan solat hajat dua rakaat dan mohonlah dari Allah yang Maha Kuasa ke atas segala-galanya. Insya-Allah Tuan akan diberi ilham ayat-ayat power seperti yang tuan hajatkan.” Beginilah selalunya jawapan saya kepada orang yang bertanya.

Kemudian saya akan bertanya kepada diri pula,
“Ya Allah, masih ramai orang di luar sana yang tidak faham akan kehebatan-Mu. Tidak terfikirkah mereka bahawa tidak ada sesuatu pun yang boleh berlaku tanpa izin-Mu..?.”

“Ya Allah, berilah mereka kefahaman sebagaimana kefahaman para Sahabat. Mereka terus memohon dari Allah apabila menginginkan sesuatu. Apa pun ia. Seorang Sahabat memohon terus kepada Allah mekipun sepasang selipar apabila tali seliparnya putus….”

Lalu saya segera bangun menuju ke bilik air.

Alhamdulillah subuh itu saya diizinkan Allah bertahajud dan solat tasbih dengan sempurna. Tidak langsung saya fikirkan tentang sms yang diterima tadi. Kerana saya yakin. Solusinya tetap sama. Yakni saya perlu memohon terus kepada Allah. Pemilik langit dan bumi dan apa saja di antara keduanya. Apa pun yang dihajatkan boleh terus memohon kepada-Nya. Sungguh, apa saja!. Biarpun mahu mengarang Sales Letter.

Ringkasnya ia berbunyi begini:

Saya perlu buat apa yang saya mampu buat, selebihnya terus diserah kepada Yang Maha Kuasa.
“I do the best and let Allah do the rest”

Seterusnya saya laksanakan solat hajat dan mohon kepada Allah agar urusan ini dimudahkan. Serta-merta Allah beri satu perasaan yakin bahawa Sales Letter ini boleh disiapkan dalam tempoh sejam dua sahaja. Dengan izin Allah.

Dalam rangka menyiapkan Sales Letter ini saya tidak pernah bimbangkan apakah ayat itu nanti Poweratau tidak. Apa yang lebih saya fikirkan adalah; bolehkah saya menjaga hati agar tidak menulis apa yang tidak saya perbuat?

Justeru, saya memilih untuk mengambil pendekatan yang berbeza. Hasilnya, Sales Letter yang sedang saudara tatap ini akan menjadi lebih dari sekadar Sales Letter. Biarlah ia menjadi suara hati saya yang ingin disampaikan kepada saudara . Yakni bakal-bakal pembaca ‘Mudahnya Menjemput Rezeki ‘yang saya muliakan.

Saya berdoa agar Allah berikan kata-kata yang tepat dan mudah untuk saudara faham. Saya juga berdoa agar mesej yang mahu disampaikan melalui ruangan ini dapat saudara nilai dengan saksama. Insya-Allah.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya memulakannya:

Sekitar awal bulan Mei 2012 seorang pembaca buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ menelefon saya dan memaklumkan hajatnya untuk memasarkan buku ini secaraonline. (Buku tersebut dilancarkan pada 1/5/2012 di PWTC, Kuala Lumpur.
Beliau memaklumkan akan mengeluarkan sejumlah wang untuk membina website dan mengupah seseorang bagi mengarang ‘Sales letter’ atau surat jualan. Hal tersebut beliau sanggup lakukan kerana rasa syukurnya terhadap idea di dalam buku tersebut; yang menurut beliau memberi kesan yang nyata terhadap kehidupannya. Khususnya terhadap mind setting beliau terhadap cara mencari rezeki.
Dikhabarkan juga orang yang diupah untuk mengarang sales letter tersebut merupakan pakar dalam bidangnya; juga mempunyai nama dan pengaruh di duniaInternet Marketing (IM) Malaysia.Mendengar khabar itu,saya percaya wang yang akan dilaburkan tidak sedikit. Saya bersyukur terhadap rezeki yang tidak disangka-sangka ini.
Malangnya sehinggalah cetakan pertama (5,000 naskhah ) buku ini habis, sales letter yang dimaksudkan belum juga siap. Justeru domain name(www.JemputRezeki.com) yang lama dibeli, dan sudah pun dicetak pada bisnes kad, tidak dapat dimanfaatkan.
Pun begitu saya sangat bersyukur kepada Alllah kerana belumpun menggunakan kelebihan online marketing , sasaran pertama masih dapat dicapai. Yakni agar cetakan pertama buku ini habis dijual dalam tempoh kurang dari 100 hari . Hajat ini sudah pun Allah kabulkan. Alhamdulillah. Semasa baris ayat ini ditaip, cetakan kedua sedang disiapkan. Insya-Allah.

Setelah beberapa siri rundingan, akhirnya saya pula yang diminta mengarang sales letter tersebut. Subhanallah, Allahuakhbar!. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Sesungguhnya takdir Allah semuanya baik. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Antara hikmah yang dapat saya fahami adalah; Allah selamatkan buku ini dari unsur-unsur manipulasi atau hype. Hal begini cenderung berlaku seandainya sales letter itu dikarang oleh seseorang yang tidak benar-benar faham apa yang mahu disampaikan oleh penulisnya.
Saya percaya hanya Allah yang sempurna. Buku ini walaupun jualannya laris, pasti dan pasti ada kelemahan di sana sini; kerana saya hanyalah manusia biasa. Saya ada banyak kelemahan dan kekurangan. Justeru, saya fikir sales letter ini tidaklah perlu terlalu begitu begini……, cukuplah menyatakan perkara sebenar. Tidak lebih dan tidak kurang. Insya-Allah jika ada rezeki , adalah yang berminat untuk memiliki buku ini nanti.
Hal ini sudah saya nukilkan dengan jelas pada bab terakhir ( Muka surat 183-184) seperti berikut:
Sepanjangkan kehidupan, saya berpeluang membaca buku-buku yang bagus, yang dengannya dapat mengubah persepsi saya terhadap sesuatu. Malah banyak pula yang berhasil membuat saya bertindak mengubah tingkah laku dan kebiasaan sebelumnya. Saya berasa sangat bertuah apabila bertemu buku-buku yang begitu. Pembaca yang saya muliakan, begitulah juga impian saya terhadap buku yang sedang anda tatap ini.”
Pembaca yang budiman, andainya anda mendapati ada kandungan buku ini yang memberi manfaat, mohon dikongsikan dengan orang lain. Moga anda dan saya mendapat bahagian pahala yang Allah janjikan. Andai sebaliknya tegurlah, berhubunglah dengan saya. Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang daripada Allah, dan yang sebaliknya memang daripada kelemahan saya.”
Saudara yang saya hormati, apa yang saya tulis dalam buku itu, banyak yang datangnya dari pengalaman hidup saya sendiri. Selain melalui pembacaan, sebahagian besarnya saya pelajari dari UK (Universiti Kehidupan) . Khususnya pengalaman ‘Menjemput rezeki Allah’. Melalui pengamatan yang sungguh-sungguh saya sangat yakin untuk menyatakan bahawa sesungguhnya ‘Menjemput rezeki’ jauh lebih mudah berbanding sekadar ‘Mencari Rezeki’. Inilah idea yang saya mahu sampaikan melalui buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’.
Justeru, jika saudara pernah menerima kad bisnes saya, saudara akan melihat pernyataan berikut jelas tertera di bahagian belakang kad itu. Iaitu:
“ Saya berazam agar setiap mata yang pernah memandang Al-Qur’an perlu diberi peluang memandang buku ini. Sungguh ‘Menjemput Rezeki’ lebih mudah dari ‘Mencari Rezeki’. Inilah yang saya mahu sampaikan”-Penulis
Apakah maksud kata-kata itu? Itulah Visi saya. Saya mahu buku ini dimiliki oleh setiap rumah yang di dalamnya tersimpan naskah Al-Quran. Mengapa?
Kerana Saya faham amat sedikit orang yang membaca al-Quran setiap hari. Malah lebih sedikit lagi yang cuba memahami apa yang dibacanya. Natijahnya, pesan-pesan dari Allah tentang rezeki tidak pernah diketahuinya. Akhirnya, jadilah dia seorang yang bertindak mencari rezeki dengan panduan akal dan nafsunya sahaja.
Sungguh, cara begini sangat sukar. Yakni seseorang itu terpaksa memerah akal dan tenaga tubuh yang banyak. Akhirnya, seluruh harinya diabadikan hanya untuk mencari mencari, dan terus mencari rezeki. Siang dan malam hanya itu yang difikirkannya.
Anehnya, biarpun sekuat tenaga dia memerah akal dan tenaga tubuh badannya, rezeki yang diperoleh seperti tidak pernah cukup. Dia ibarat seorang fakir yang sangat mengharap datangnya rezeki. Walhal pada pandangan orang lain, apa yang sudah dimilikinya merupakan impian ramai orang.
Ada pula yang sedang terpingga-pingga dan tidak tahu mahu berbuat apa, iaitu ketika sedang menerima ujian Allah yang berupa kekurangan harta dan kesihatan. Apatah lagi yang sedang diuji dengan retaknya hubungan dengan jiran, rakan sekerja, saudara-mara, adik-beradik dan ibu bapa. Sungguh, apabila saudara mendengar apa yang saya dengar, dan melihat apa yang saya lihat, saya pasti saudara juga akan terpanggil untuk membantu.
Kenyataan tersebut saya dapati melalui maklum balas yang saya terima dari para pembaca. Iaitu melalui email, telefon malah ada yang mahu bertemu empat mata . Sudah ramai yang dapat saya temui, dengan izin Allah.Semakin ramai yang saya temui, semakin bertambah keyakinan saya bahawa, ramai di luar sana yang kelihatan OK sebenarnya tidak OK.
Ramai yang terpaksa berpura-pura dan menyembunyikan hakikat hidup sebenar. Hakikatnya masih ramai lagi yang belum faham hakikat rezeki!. Rupa-rupanya sungguh ramai lagi yang sedang mencari-cari jalan bagaimana mahu mengubah apa yang sedang mereka alami. Ada pula yang sudah tidak tertanggung lagi sehingga tidak segan silu mengalirkan air mata di hadapan saya.

Atas perkara itulah, saya perlu serius. Saya perlu bersungguh-sungguh. Saya tidak boleh ‘berlenggang kangkung’ dalam memastikan buku ini sampai kepada sasarannya.
Saudara yang saya hormati, dengan rendah hati saya menyatakan bahawa saya mensasarkan tempoh tiga tahun (1/5/2015 ) untuk mencapai visi tersebut. Yakni agar buku‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ dimiliki oleh sejuta jiwa. Saya berdoa agar Allah hadirkan sekurang-kurangnya 1,000 orang hamba-Nya untuk sama-sama berganding bahu mencapai Visi tersebut.
Caranya begini. Saya mahu menjemput sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mahu turut serta menyertai perjuangan ini. Saya akan melatih mereka bagaimana memperkenalkan buku ini kepada 3-5 orang setiap hari. Dan mereka dibayar untuk melakukan hal ini.
Apabila setiap orang mampu memasarkan 3 – 5 naskah sehari atau 100 naskhah setiap bulan; kekuatan 1,000 orang akan memastikan 100,000 orang dapat memiliki buku ini setiap bulan. Dalam tempoh 10 bulan 1 juta jiwa insya-Allah boleh mendapat manfaat darinyai. Inilah strateginya.
Saya sudah mencuba idea ini di Machang, Kota Baharu dan Kuala Lumpur. Yakni menggunakan modus operandi yang unik. Field Work ini sudah dibuat oleh orang yang berbeza serta di lokasi yang berbeza. Alhamdulillah ia menjadi. Sungguh, ia merupakan strategi yang simple dan praktikal. Hati kecil saya meyakini bahawa sesiapa sahaja insya-Allah boleh melakukannya.
Mereka yang sudah dilatih (sehingga perenggan ini ditulis ) boleh memasarkan sehingga 7 naskah sehari. Impian saya agar setiap pelatih boleh memasarkan sehingga 10 naskhah sehari. Dengan itu mereka boleh memilih(jika mahu) untuk melakukannya secara sepenuh masa.
Idea ini membolehkan mereka yang serius meraih pendapatan di antara RM1000 – RM1500 sebulan dengan cara yang santai dan menghiburkan. Ditambah pula dengan peluang kebebasan masa untuk mencorak ‘hari impian’ masing-masing. Tidak perlu lagi terikat dengan rutin yang sama bertahun-tahun. Jika ia memang membosankankan saudara. Insya-Allah.
Saya sasarkan 3 tahun untuk menjemput 1,000 orang tersebut. Yakni jiwa-jiwa yang mahu berlumba-lumba membuat kebajikan. 1,000 orang pejuang dalam tempoh 3 tahun atau purata menjemput 30 orang setiap bulan. Insya-Allah.
Justeru, saya mengandaikan saudara sudah memahami bagaimana sasaran sejuta jiwa itu mahu dicapai. Oleh itu, satu soalan saya kepada saudara, ……mungkinkah saudara salah seorang darinya?
Untuk maksud itu juga, saya sedang berusaha mengumpulkan 100 tesimoni dari orang-orang yang berpengaruh dalam bidang masing –masing. Saya berdoa kepada Allah agar urusan mendapat dan mengumpulkan testimoni ini dimudahkan Allah semudah-mudahnya. Sehabis mudah!.
Alhamdullillah, beberapa testimoni dari nama-nama yang sudah mesra di telinga kita sudah pun diterima. Sungguh, pengalaman mendapatkan testimoni ini benar-benar menarik dan asli.
Caranya? Saya dapatkan jalan untuk menghubungi mereka. Kemudian, saya terangkan tujuan saya. Selanjutnya saya hadiahkan senaskhah buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki ‘ dan mohon mereka membacanya. Naskhah buku itu ada yang saya hantar melalui pos. Ada yang saya wakilkan kepada seseorang dan ada juga yang memerlukan saya bertandang sendiri ke rumah/ pejabatnya. Setelah itu, saya pohon kepada mereka agar menghantar komentar melalui email atau sms. Begitulah…
Alhamdulillah, berikut merupakan testimoni yang sempat diabadikan pada cetakan ke-2. Insya-Allah akan menyusul lagi beberapa testimoni pada cetakan seterusnya. Saya mohon doa saudara yang budiman agar Allah mudahkan urusan ini semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Mohon doakan saya, mohon doakan saya. mohon doakan saya…. Amin. Insya-Allah.

 

untuk pembelian sila klik link dibawah

https://bukuonline2u.com/image/catalog/Logo%20Publishers/BukuOnline2ucomm.png


♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2020

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

COME VISIT OUR SHOWROOM NOW!

*****************************************

DOCUMENTS REQUIRED FOR LOAN
1. IC & DRIVING LICENSE
2. 3 MONTHS OF SALARY SLIP
3. 3 MONTHS OF BANK STATEMENT
4. NCD TRANSFER ACCEPTED

HURRY UP AND JUST CALL NOW
013 704 5971 FENDIPRO
013 704 5971 FENDIPRO
Web : DrCarPRO.com

UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS – SILA KLIK GAMBAR

♦♦♦ SENARAI KERETA RECON CAR UNTUK DIJUAL ♦♦♦

LIST FOR RECON CAR 2019

🔧 Other Service 🔧
Road Tax & Insurance Renew
Buy & Sell Used Car / Recon car
*** High Trade In Value ***
OutDoor Car Value
Consignment Service
Pre-Order Imported Car

Author: admin

Find new & used cars for sale in Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *